Friday 3 August 2012

Rohingnya Berteriak Memanggil Kita



            Pembantaian kejam terhadap umat minoriti muslim di Rohingnya bukan sehari dua seperti yang diberitakan dan dihangatkan kini, namun sejarah hitam yang telah menimpa saudara seagama kita di sana adalah hasil daripada palitan sejarah yang bersambung-sambung dan berepisod-episod. Ia seolah-seolah kekejaman bersiri daripada kaum Buddha selepas mengambil alih penguasaan orang Islam terhadap wilayah Arakan, Myanmar (Buddha) dengan penuh ketidakmanusiaan.
            Peristiwa bermula sejak 1430 sehingga 1748 M setelah hampir tiga abad Arakan diperintah oleh orang Islam kemudian dirampas secara kejam oleh kaum Buddha. Mereka (kaum Buddha) membunuh kaum muslimin dan menumpahkan darah khususnya para pendakwah dan ulama selain memusnahkan sekolah-sekolah dan masjid-masjid serta binaan-binaan Islam yang lain.
            Sejarah hitam terus mewarnai kaum Islam Myanmar sehingga pada tahun 1942, orang Islam telah dibunuh beramai-ramai oleh puak Buddha sehingga ribuan umat Islam mati dan ratusan ribu yang lain diusir.
            Pada tahun 1990, satu pilihan raya telah diadakan dan parti pembangkang, National Democratic Party telah menang majoriti. Bagaimanapun, pihak tentera tidak mengiktiraf peralihan kuasa sehinggalah satu perlembagaan baru dirangka dan mesyuarat terus-menerus diadakan sejak tahun 1993 untuk mendraf perlembagaan.
            Di sepanjang masa rampasan kuasa ini, kaum Muslimin sentiasa berada dalam keadaan ditindas oleh puak fanatik Buddha di bawah pemerintahan tentera, yang telah memaksa lebih dari 3000 kaum Muslimin berhijrah ke Bangladesh. Lebih dari 500,000 pula telah diusir keluar dari Burma pada tahun 1978 dan mengikut statistik agensi pembantu pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), lebih dari 40,000 termasuk orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak mati kerana keadaan sukar yang mereka alami sepanjang pelarian.
            Penindasan terhadap kaum muslimin berterusan sehingga pada 1988, 150 ribu kaum muslimin telah berhijrah ke luar negeri kerana tidak tahan menghadapi penindasan yang kejam manakala setengah juta dari kaum muslimin di Rohingnya terus menjadi mangsa pengusiran oleh kerajaan Burma yang dipelopori oleh kaum Buddha.
            Sehingga kini, 2012, Rohingnya terus diasak dan ditindas dengan zalim dan kejam tetapi pihak-pihak yang bersuara lantang ingin memelihara keamanan umat Islam terus lena dipagut kesenangan. PBB setakat ini masih tidak bersuara dan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai penindasan umat minoriti Islam di Rohingnya. OIC pula khabarnya sudah berhubung dengan Asean tetapi Asean pula masih membisu, dan negara-negara majoriti umat Islam di seperti Malaysia dan Indonesia juga masih membisu.
            Aung San SuuKyi yang dahulunya pernah menjadi pemimpin pembangkang di dalam kancah politik Burma, dan menerima Hadiah Nobel Keamanan serta berkunjung ke beberapa buah negara kerana lantang bersuara menentang kekejaman dan penindasan di seluruh dunia, kini kemunculannya masih dinanti dan ditagih oleh masyarakat Islam yang paling teraniaya di dunia, iaitu muslim Rohingnya.
            Masyarakat masih lena dipagut kesenangan dan kemewahan, menempuhi Ramadhan dengan penuh enak dan bersuka-ria sedangkan saudara seakidah kita di sana berhempas pula mempertahankan identiti muslim dan akidah yang satu. Rakyat pula dibutatulikan daripada mendapat sebarang khabar berita daripada saudara seagama kita di sana kerana media-media tempatan seolah-olah tidak melihat apa yang berlaku di negara jiran kita ini.
            Seramai 25 000 pelarian Rohingnya kini menagih simpati di Malaysia, manakala 500 000 pelarian di Bangladesh, dan 100 000 di perbatasan Myanmar-Thailand. Penindasan mutakhir ini sebenarnya bermula daripada tragedi 3 Jun 2012 apabila sekumpulan penganut Buddha menyerang sebuah bas yang membawa orang-orang Islam dan membunuh sembilan orang daripada mereka. Dengan meletusnya tragedi ini, hal-hal lain seperti pembunuhan dan pembakaran rumah serta pengusiran terus terjadi di antara penganut Buddha dan orang Islam, sehingga meliputi beberapa kawasan penempatan kaum Muslimin, mengakibatkan puluhan ribu umat Islam mula lari daripada tempat kediaman masing-masing. Kerajaan Bangladesh pula tidak mahu menolong pelarian Muslim yang lari memasuki negaranya, malah menghantar semula mereka pulang dan menutup semua pintu sempadan untuk mereka.
            Dalam musim yang sama tahun lepas, kaum Muslimin juga terdedah kepada serangan yang sama dan dipaksa meninggalkan Myanmar. Sejak berdekad lamanya, saban tahun kaum Muslimin menghadapi tragedi pembunuhan, penganiayaan, pengusiran dan juga pencerobohan rumah-rumah mereka di tangan penjahat Buddha dengan sokongan dari rejim Myanmar. Barat yang diketuai oleh Amerika memuji rejim kerana membebaskan pemimpin pembangkang SuuKyi dan memuji proses pendemokrasian Myanmar, namun tidak memerhatikan sedikit pun penderitaan yang berlaku ke atas kaum Muslimin.
            Masyarakat harus memasang telinga dan mencelik luas mata memerhati keadaan yang perit sedang ditempuh oleh umat Islam di sana. Justeru, beberapa program kesedaran dan penyampaian maklumat kepada seluruh masyarakat Malaysia harus segera dijalankan seperti program Solat Hajat Perdana dan juga kempen selamatkan Rohingnya. Berita-berita juga perlu sampai kepada telinga rakyat dengan alternatif lain bagi mencetuskan suasana cakna dan prihatin terhadap sesama umat Islam sekali gus menjadi lambang kesatuan umat Islam dalam memelihara antara satu sama lain.
            Ya, Rohingnya berteriak memanggil kita.
            Dan kita samada buat-buat tidak dengar atau memang tidak mahu mendengar rintihan mereka. 

Sunday 24 June 2012

Era Khalifah Sudah Bermula!



           

            Sejujurnya perasaan takut menjelira ketika hasrat saya menanti keputusan pilihan raya presiden Mesir diumumkan, dan saya hajatkan ingin menulis sesuatu buah fikiran mengenainya. Sebuah artikel yang ringan dan santai, sesuai untuk sahabat sebaya saya membaca dan memahaminya. Justeru, terlalu banyak rujukan yang saya perlu terjah hingga saya merasakan, menerjah maklumat lebih susah dari menulis sendiri. Ia kerana tulisan-tulisan mengenainya teramatlah berat.
            Baca seperenggan sahaja sudah dirasakan terlalu banyak. Fakta yang bertindan-tindan dan terhimpun dalam suatu ruang yang kecil. Pasti golongan anak muda mengecualikan diri dari membacanya.

Rintangan Morsi
            Presiden parti FJP iaitu Dr. Muhammad Morsi bukan hanya bertanding dengan kelompok pro-mubarak, seperti PAS dan UMNO, tetapi perlu kita faham, Dr. Muhammad Morsi sebenarnya ditentang juga oleh puak Salafi. Mereka bersepakat untuk tidak menyokong Dr. Muhammad Morsi walaupun beliau telah menggunakan slogan lama Ikhwanul Muslimin yang pernah disokong semua suatu ketika dahulu iaitu ‘al-Islam Huwal Hal’ (Islam adalah jalan penyelesaian). Slogan ini seolah-olah telah terkubur sejak revolusi 25 Januari dahulu kerana sudah digantikan dengan slogan ‘Nahmilul khayr li Masr’ (Kami membawa kebaikan kepada Mesir) yang dijulang oleh parti FJP milik IM sekarang
            Puak salafi berasa kecewa setelah beberapa orang calon mereka tidak tersenarai sebagai calon presiden yang akan bertanding. Pada mulanya, seramai 23 calon telah dinamakan. Tetapi 10 orang telah ditolak permohonannya setelah terbabit dengan isu-isu berkaitan undang-undang dan kelayakan mereka. Menarik sekali, dari 23 tinggal 13 calon yang telah dinamakan.
            Diantara 10 orang tersebut, mereka yang tersingkir diantaranya ialah, nama-nama heavyweight seperti calon Ikhwan Muslimun (IM), Khayrat Shater; mantan ketua perisikan tentera Mesir, Jen. Omar Sulaiman; dan juga calon Salafi paling popular, Hazem Abu Ismail merupakan di antara mereka yang ditolak pencalonannya. Selapas tamat tempoh rayuan, ternyata kesemua mereka terpaksa menerima keputusan muktamad pihak suruhanjaya pilihanraya yang menolak kesemua rayuan tersebut.
            13 calon yang tertinggal, maka mata lebih tertumpu kepada calon-calon yang mewakili dua kelompok. Kelompok pertama diwakili oleh tiga nama utama iaitu mantan pemimpin IM yang dipecat, Dr Abdel Mon’em Abul futouh; tokoh akademik dan intelektual, Dr Muhammad Salem al-Ewa dan calon dari IM dan juga presiden parti FJP, Dr. Muhammad Morsi. Mereka digelar sebagai kelompok Islamis.
            Kelompok yang menentang pula terdiri daripada beberapa nama yang heavyweight iaitu mantan setiauasaha Liga Arab, Amr Mousa; ketua parti al-Karamah dan lambang golongan sosialis, Dr Hamden Sabahi dan juga mantan Perdana Menteri Mesir di zaman Mubarak, Ahmad Syafiq. Mereka digelar kelompok sekular.

Kelompok Islamis vs Kelompok Sekular
            Pada 22 April lalu, menyedari betapa pentingnya kelompok islamis perlu disatusuarakan bagi menjatuhkan kelompok sekular, satu persidangan telah diadakan. Tetapi Tuhan lebih berhak memutuskan, persidangan itu gagal mendapatkan kata sepakat sehingga kelompok yang dinamakan sebagai kelompok islamis bertegang lidah dan berpecah. Kelompok islamis yang disebutkan terdiri daripada dua puak terbesar, iaitu IM dan kumpulan-kumpulan Salafi.
            Sekarang, situasi yang ditempuhi IM sangat tegang apabila mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan golongan musuh iaitu golongan pro-mubarak, tetapi terpaksa berhempas pulas meraih undi dari golongan salafi yang telah berpaling dan bersepakat untuk tidak menyokong Morsi. Mereka bersepakat untuk menyokong Abul futouh, yang juga merupakan wakil dari IM.
            Apa yang berlaku sebenarnya, IM menghantar wakil mereka iaitu Shater tetapi telah ditolak penamaannya menyebabkan Morsi seolah-olah dianggap ‘bidan terjun’ yang turun bertanding di atas tiket IM.

Morsi Dan Persepsi Pelbagai Pihak
            Di atas sebab sedemikian, Morsi mendapat kritikan yang agak pedas dari pelbagai pihak. Malah dari kelompok IM sendiri ada yang protes supaya Morsi digugurkan dan digantikan semula dengan Shater dan ada pula yang bertegas ingin digantikan dengan Abul futouh. Tetapi sejarah Abul futouh yang telah memecahkan IM dan tindakan melanggar arahan pimpinan tertinggi IM yang akhirnya menyebabkan ramai berbondong-bondong keluar dari IM menyebabkan Abul futouh tidak lagi dipandang tinggi oleh rakyat Mesir dan kelompok IM sendiri.
            Golongan IM pula mempunyai alasan tersendiri kenapa Morsi dipilih sebagai wakil presiden. Dr. Maszlee menyebutkan, “kerajaan Mesir yang akan ditubuhkan dan bakal dikuasai oleh FJP tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan efektif jika presiden bukan dari parti yang sama. Hal seumpama ini dapat dilihat kepada pengalaman Palestin yang mempunyai parlimen dikuasai HAMAS dan presiden dari FATAH. Kesefahaman di antara kedua-dua kuasa eksekutif dan presiden amat diperlukan untuk membina Mesir yang baru. IM juga meletakkan harapan bahawa pihak yang telah menyokong FJP untuk memenangi 49% dari kerusi parlimen juga pastinya akan memilih presiden FJP untuk menjadi presiden mereka. IM juga meletakkan harapan kepada aktivis dan anggota mereka yang ramai untuk dimobilisasikan sepanjang tempoh berkempen nanti. Kehadiran lebih 50,000 anggota IM sewaktu pelancaran kempen Morsi juga telah memberikan harapan kepada IM untuk bertegas meyakini bahawa keputusan mereka mencalonkan Morsi adalah keputusan yang bijak, tepat dan selari dengan inspirasi serta disiplin perjuangan mereka.”

Era Khalifah Bermula
            24 Jun 2012 bakal menjadi pencorak sejarah yang termaktub indah buat kita.
            Memang Mesir bukan Malaysia. Tetapi tempiasnya bakal jauh dan tersebar. Bermulanya di Mesir, era khalifah yang telah lama tidur akan bangun semula. Islam bakal benar-benar memaknai sejarah pemerintahan 2/3 dunia.
            Bukan hanya sekadar kata-kata kemegahan di dalam lagu-lagu semangat yang dialunkan.
            Bukan seperti yang diuar-uarkan, era khalifah sudah kuno.
            Era khalifah bakal kembali segar.
            Kemenangan Dr. Muhammad Morsi sebenarnya banyak mendatangkan faedah buat IM bagi mendepani desakan-desakan dari pihak salafi dan pelbagai pihak yang melontarkan pandangan terhadap beliau, faedah yang sangat besar ialah apabila mobilisasi ahli parlimen yang berbilang-bilang dari pelbagai kelompok, berkepalakan seorang wakil IM di atas tiket FJP iaitu Dr. Muhammad Morsi.
            Usaha kita bukan sekadar menganggumi, tapi mencontohi.
            Jadilah pengundi Mesir. Jadilah rakyat Mesir yang terbuka dan berintelek memilih presiden. Walaupun Abul futouh juga merupakan wakil dari IM, tetapi masalah disiplin menjadikan beliau yang pernah mendapat pengaruh yang besar. Tetapi dikambinghitamkan pengaruh tersebut sehingga mengetuai kumpulan Islahiyun keluar dari IM.
            Moga-moga, tajuk artikel saya ini dapat memberikan makna yang sebenar.
            Era Khalifah Sudah Bermula! 

Sunday 29 January 2012

Kijang dan Anaknya.

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya. Lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tidak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana ia melaknat orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

 Alhamdulillah… Marilah memperbanyakkan bersyukur dan berselawat ke atas junjungan Nabi kita kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.

Tuesday 20 September 2011

KESEMPURNAAN NI'MAT ALLAH S.W.T. KEPADA KITA

Ni'mat Allah S.W.T. yang sebenarnya diberikan kepada hamba-hambaNya yang taat patuh kepada-Nya semata-mata, di setiap masa dan tempat.

Dasar kita adalah satu sahaja. Dasar inilah yang perlu  kita bawa  dan hayatinya di mana-mana sahaja, iaitu: kita  tidak  akan mengabdikan diri kepada ilah-ilah yang lain selain Allah s.w.t..

Hal  ini  sebenarnya  telah kabur di  dalam  masyarakat  kita seluruhnya.  Oleh yang demikian dasar tersebut perlulah  diproses lain, guna untuk melahirkan pengabdian yang sebenarnya. Oleh  yang demikian  kita perlu kepada manusia yang berjiwa  bersih  sebagai tenaga  penggerak, yang bergerak di dalam satu jamaah yang  padu. Tenaga penggerak yang mempunyai jiwa yang bersih ini hanya  alakn lahir  sari  satu  program Tarbiyyah  (pendidikan)  'Aqidah  yang sebenarnya.

Dengan  cara  ini barulah kesempurnaan ni'mat  Allah  S.W.T. kepada  kita  itu dapat dirasai. Barulah disedari  bahawa  nikmat Allah  S.W.T.  tidak  terkira.  Ketahuilah  bahawa  Allah  S.W.T. sebesar-besar punca kenikmatan.

Bagi mereka yang mengetahui persaudaraan mu'min, mereka akan berusaha untuk menegakkan Islam, di tengah masyarakat yang  leka dengan  kemungkaran ini. Tertegaknya Islam merupakan obor  kepada seluruh  Ummat.  Keadilan akan tercapai.  Kezaliman,  kemunkaran, kedurhakaan kepada Allah S.W.T. akan dibenteraskan.

Untuk  itu kita perlu kepada kesabaran. Kita sebagai  tenaga penggerak   Islam,  perlulah  bersikap  sabar.  Jika  belum   ada masyarakat Islam, kita perlu bersabar untuk mengujudkannya.

Sikap  sabar yang melahirkan natijah yang  sebenarnya,  hanya akan  lahir malalui Tarbiyyah (pendidikan) Imaniyyah yang  jelas. Bila  ini  kita hendak lakukan, kita perlu  melihat  dan  merujuk kepada rangka perjuangan Islam yang pertama dahulu. Hal ini telah dijelaskan oleh asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya, Ma'alim Fi at-Tariq.  Tidak  lain  contoh   bagi  kita  yang  ingin menghayati  Islam  selain  dari Ummah yang  telah  dibentuk  oleh Rasulullah S.A.W..

Dalam  rangka  kita mengejar ni'mat Allah S.W.T.  ini,  sikap kasihan  perlu  ada. Kita kasihan terhadap mereka  yang  terikut-terikut  melakukan munkar. Kasihan melihat  manusia yang masih  mendewa-dewakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.. Mereka  yang masih melakukan apa yang Allah S.W.T. larang dan meninggalkan apa yang Allah S.W.T. perintahkan itu, patut kita kasihani.

Atas  dasar  kasihan inilah kita  perlu  bertindak  merubah, menolong   serta   membantu  mereka   agar   tidak   meninggalkan kemungkaran   lagi.  Punca  kemungkaran  itulah   perlulah   kita hancurkan.

Bagi  mereka yang mendewa-dewakan makhluk itu kita  jelaskan tentang pengertian (konsep) makhluk itu. Bahawa makhluk itu bukan untuk  didewa-dewakan, perlulah dijelaskan kepada mereka.  Inilah pengakhiran kasihan kita kepada mereka.

Tiada  kerehatan  bagi kita dalam memperkatakan  Islam  ini. Kita  mesti  terus  mengenengahkan  perintah  Allah  S.W.T.   dan meninggalkan laranganNya.

Sekiranya  kita ditentang oleh pendokong  kemungkaran,  kita perlu  menghadapinya  dengan  penuh  persediaan.  Rintangan  yang dicipta oleh mereka perlulah kita pecahkan. Di sinilah perlu kita mamahami mereka dengan sebenar-benarnya. Kita juga perlu  menilai kekuatan yang ada pada kita, iaitu kekuatan Iman.

Iman yang kuat lagi padu ini tidak boleh kita dapati melalui ceramah  yang  bersemangat  semata-mata.  Ini  juga  tidak  lahir melalui  ilmu yang banyak tanpa amal.  Iman yang  berfungsi ini  hanya akan lahir melalui satu program  Tarbiyyah  Islamiyyah yang tulen.

Untuk melalui Tarbiyyah Imaniyyah yang tulen, perlulah  kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah serta sejarah para  sahabat dalam seluruh perkara dan ketika.

Bahan-bahan  rujukan  ini sangat perlu kita  tetapkan.  Jika lari   dari   bahan-bahan  rujukan  ini  ketulinan   tidak   akan deperolehi. Pun begita jika campurkan bahan-bahan Tarbiyyah dalam peringkat pembentukan natijahnya akan kabur.

Setelah kita dapat melatih diri kita dalam program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen ini, dengan bahan-bahan yang jelas  barulah dapat  kita  mengenali yang mana patut dikasihani dan  yang  mana pula  pendokong  kemungkaran.  Ketika  ini  barulah  kita   boleh mengatur langkah penyeruan Islam.

Di  sini jelaslah Tarbiyyah Islamiyyah Sahehah  itulah  yang akan  menentukan  kita dapat atau tidak  kenikamatan  yang  telah Allah S.W.T. sempurnakan untuk kita. Pernyataan ini telah berlalu 14  abad  yang lalu dan akan terus tetap hingga hari  qiamah.  ia tidak akan berubah. Kitalah perlu merubah apa yang ada pada  diri kita untuk memenuhi kehendakNya bagi memperolehi kenikatan  yang hakiki.

Renungilah  Firman-Firman Allah S.W.T. yang berikut  sebagai panduan untuk kita dalam hal ini:

1. Terjemahannya:-

  Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya,  mereka menjaganya atas perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu  sehinggalah  mereka  mengubah keadaan  yang  ada  pada  diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki  keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.  "
(Surah ar-Ra'd: ayat 11.)

2.Terjemahannya:-


  "  Dan kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami.  (Mereka berdo’a) : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan wafatlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu).  "
(Surah al-'Araf: ayat 126.)

3.Terjemahannya:-

 "  Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun berdo’a :  Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.  "
(Surah al-Baqarah: ayat 250.)

4.Terjemahannya:-

  "   Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Bahawa  sesungguhnya  ia tidak berputus  asa  dari  rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir.  "
(Surah Yusuf: ayat 87.) 

5.Terjemahannya:-

"  Ibrahim berkata  :  Tidak  yang  berputus asa dari  rahmat  Tuhannya,  kecuali orang-orang yang sesat."
(Surah al-Hijr: ayat 56.)   `



Wallahu A'alam.

     

Tuesday 13 September 2011

MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM... KENAPA DAN BAGAIMANA..?

Islam adalah manhaj hidup syumul
  • Tasawwur i'tiqadi - jelaskan tabiat alam/ kedudukan manusia / tentukan matlamat kewujudan manusia. Sistem dalam hidup manusia - lahir dari i'tiqad tadi (akhlak, politik, sosial, ekonomi, antara bangsa dll)
  • Kerana itu - masa depan di tangan Islam - kerana ia syamilah, mutakamilah, mulabbiyah keperluan dan fitrah manusia  serta muhaimanah.
  • Islam bukan dalam hati tersorok dari realiti hidup manusia, bukan syiar2 ibadah, bukan jalan untuk kebahagian akhirat semata (tetapi kemudiannya perlu manhaj lain untuk bahagia dunia). Ini bukan sifat deen Islam.
  • Cubaan dan usaha besar sejak dulu lagi - untuk uzlahkan Islam dalam hati, larang dari masuk campur dalam realiti hidup dan halang dari kuasai hidup manusia --- sedangkan itulah tabiat, hakikat dan tugas Islam. (syumul, waaqi'iyyah dan haimanah).
  • Musuh salibiyyah dan zionis cuba lakukan ini semua.. tanda kemenangan awal mereka untuk langkah seterusnya. Ataturk, negara2 yang dijajah dan akhirnya letakkan Islam dalam urusan nikah kahwin dan pusaka sahaja. Langkah akhir --> hapuskan aqidah Islam langsung dan gantikan dengan aqidah baru.
  • Pukulan teruk ke atas cubaan bangkitkan semula Islam yang benar di seluruh dunia - semua musuh bersatu walaupun sebelum ini tak pernah bersatu - bersatu kerana takutkan kebangkitan Islam.
  • Tapi hakikat Islam lebih besar, kukuh dan dalam - musuh tak akan berjaya - disamping keperluan manusia amat besar terhadap Islam - manusia sedang meraung meminta pertolongan.
  • Manusia mencari manhaj penyelamat - semua sifat dinyatakan dan semua sifat itu hanya ada pada Islam.
  • Manusia tak akan tahan lama kesakitan - cuba pelbagai cara tapi tak sembuh - sbb kesemuanya hanya pengalaman dan pemikiran manusia yang lemah, jahil dan terikat dengan al-hawa. Hanya Islam sahaja mampu mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah sahaja.
  • Perpisahan jalan antara manhaj Islam dengan manhaj-manhaj lain ialah: Islam hanya mengambil Allah sebagai sumber tasawwur, nilai, neraca, sistem, peraturan, undang2, arahan, akhlak dan adab2. Manhaj lain ambil sesama manusia.
  • Manhaj itu adalah sistem jahiliyyah walaupun berbeza masa lahir, tempat dan suasana. Sedangkan Islam datang nak runtuhkan semua itu kerana semua alam hanya menerima sistem Allah sahaja. (3:83) kehancuran akan berlaku bila bertentang dengan perjalanan alam seluruhnya, kerana dia adalah sebahagian dari alam itu. Pertentangan zahir dan batin.
  • Manhaj Islam - bukan untuk masa atau tanah atau situasi tertentu... sebagaimana seluruh alam tidak berubah.
  • Kita yakin... manusia sedang menuju kepada Islam...
  • Kita yakin ... sebarang usaha untuk menolak Islam akan gagal.. tanda gagal telah kelihatan pada kehidupan manusia.

DIN ADALAH MANHAJ KEHIDUPAN.
  • Sistem masyarakat - ada hubungan erat dengan tasawwur i'tiqad - bahkan kelahiran tabi'i darinya. Ia menyesuaikan diri dengan penafsiran i'tiqad tersebut terhadap alam, kedudukan manusia dan matlamat manusia di alam ini.
  • Kerana - sistem manusia ialah bertujuan untuk mencapai matlamat kewujudan manusia. Ia menentukan perjalanan dan jalan yang akan diambil, bentuk hubungan dengan alam kelilingnya.
  • Inilah 'sistem masyarakat'. Bila tiada berlaku asas ini dan tiada penyelarasan ini--> manusia akan merana walaupun hebat kemudahan material dan produk.
  • Cara kelahiran dan penyesuaian: bukan hanya pada sistem luaran tetapi juga pada seluruh sistem hidup termasuk perasaan, akhlak, syiar dan adat resam.
  • Oleh itu: deen adalah manhaj hidup dan manhaj hidup adalah deen. Deen sekumpulan manusia ialah cara hidup mereka. Cara hidup mereka adalah deen mereka. (applykan pada Islam dan orang Islam hari ini..!) Jika ikut cara hidup aturan Allah --> deen Allah. Jika tidak jadi deen raja, ketua, manusia, bangsa dll (12:76)
  • Semua sistem buatan manusia sebenarnya ada tasawwur i'tiqad mereka... bukan hanya sistem luaran zahir.
  • Oleh itu semua sistem hidup adalah 'deen' - deen kapitalis, deen sosialis, deen demokrasi, deen nasionalis ... dan semuanya adakah bukan deen Allah. (3:83, 109:6)
  • Oleh itu juga --> deen Allah bukan hanya pegangan dalam hati terpisah dari realiti hidup seharian, ATAU syiar2 ATAU nikah kahwin. Kemudian bidang hidup lain diambil dari sumber lain. Allah hanya kuasai hidup akhirat dan untuk dunia manusia bebas pilih sumber lain. Seolah Allah ada bidang kuasanya dan selain Allah ada bidang kuasanya. Sungguh lucu dan inilah maksud 9:31.
  • Kesatuan individu manusia...  gerakan dan hidup manusia perlukan satu manhaj sahaja...dari satu tasawwur sahaja. Jika hati dan ruh mengikut Allah dan luaran ikut tasawwur buatan manusia --> jadi sakit Schizophrenia. (seperti barat yang terpisah antara ajaran kristian dan tamaddun mereka).
  • Islam : tafsir menyeluruh terhadap alam wujud dan hubungan dengan pencipta, kedudukan manusia dan matlamat kewujudan mereka. islam jelaskan bentuk hubungan semua ini dan wasilah untuk mencapai kesemua ini bagi kebahagiaan dunia dan bahagia akhirat. Semuanya dengan manhaj yang satu dan tak perlu sakit Schizophrenia.
  • Oleh itu Islam datang dengan kedua2: tasawwur i'tiqad dan sistem masyarakat.
  • Taurat - datang dengan aqidah dan syariat. Mereka perlu ikut hukum taurat. (5:44-45).
  • Injil - untuk menguatkan taurat dan beberapa perubahan kecil hukum. (5:46-47)
  • Quran - diturun untuk dipraktikkan... adakah masih mahukan peraturan jahiliyyah? Hukum Allah tidak baikkah? (5:48-50)
  • Contoh2 lain bahawa deen adalah tasawwur i'tiqad dan pelaksanaan amali: (Syura:10-15, Hud: 84-87, Syua'ara:150-152, Baqarah:213).
  • Hilang erti deen jika hanya untuk masalah ruh sahaja atau syiar ibadah sahaja atau sebahagian bidang hidup manusia sahaja.
  • Pengertian ini dahulunya tidak dipertikaikan ... hingga berlaku peristiwa di Eropah. Ianya tidak berlaku di tanah Islam.. tetapi telah diimport sebiji dari Eropah.

PEMISAHAN YANG MENYAKITKAN.....
  • Bukan sifat deen - dipisahkan atau disempitkan. Bukan sifatnya diesakan Allah pada sebahagian hidup dan kemudiannya diserahkan bidang lain kepada tuhan2 lain untuk mencipta kaedah, sistem dan undang2 tanpa merujuk kepada Allah.
  • Bukan tabiat deen: buat jalan ke akhirat tanpa lalu di dunia- sampai ke syurga di akhirat tanpa mengikut cara yang dikehendaki Allah.
  • Bukan tabiat deen: hanya jadi bahan upacara tradisi yang tidak ada kaitan dengan sistem hidup harian.
Dari mana datang bentuk yang wujud hari ini...? Macamana berlaku ?
  • Pemisahan ini mula di Eropah.. dalam suasana perit dan kemudian merebak merosakkan dunia ketika tamaddun barat mula menjenguk dan menguasai dunia seluruhnya.
  • Manusia sedang berteriak kesakitan.... mencari ubat dan penawar....
Apa telah berlaku di Eropah dulu..?
  • Yahudi (Umat Nabi Musa) diberi syariat. Nabi Isa didatangkan untuk bawa sedikit perubahan - diperangi dan Yahudi pujuk raja Syam. Selepas Nabi Isa, kristian benci Yahudi dan sebaliknya (perpecahan tak sepatutnya dikalangan Bani Israel).
  • Kitab Injil tinggal tiada syariat. Syariat dalam Taurat. W/p begitu injil yang benar mampu beri tasawwur i'tiqadi jika masih kekal seperti asal.
  • Rom pemerintah Syam tekan pengikut Nabi Isa as. Hawariyy sembunyi dan sampaikan injil senyap2. Mula campur aduk antara kalam Allah dengan cerita dan riwayat Nabi Isa. Jadi banyak Injil. Mula ditulis selepas 40 atau 64 tahun. Bahasa juga berbeza2.
  • Paul masuk kristian dari agama Rom, campur aduk dengan ajaran rom dan greek. Bawa kristian ke Eropah. Paul tulis surat2 nya.. bercampur aduk antara benar dan salah.
  • Krisis sebenar bermula- maharaja Constantine masuk kristian - 355M. Tak ikut ajaran kristian. Zalim dan maksiat kecuali sebelum mati. Kristian tak boleh hapuskan berhala rom. Campur aduk. Timbul krisis politik.
  • Perang berlainan akidah Rom dan Qibti Mesir. Berlarutan. Akhirnya tasawwur i'tiqadi kristian jadi caca merba. Tak mampu mengubat manusia dan bentuk sistem masyarakat.
  • Lebih dahsyat: Rom mewah, rosak akhlak, hidup foya-foya, seronok, hedonisma dan pegangan mereka "hidup adlah peluang untuk berseronok". Emas perak, makanan, pakaian, musik dan artis, arak, tempat hiburan yang banyak, seks bebas, segala lucah, sukan perlawanan sesama manusia atau dengan binatang dll.
  • Kristian masuk dan ingin melawan semua ini. Tak mampu kerana tasawwur i'tiqad mereka tidak betul. Ekterim ke arah rahbaniyyah. Pemisahan jauh antara keduanya. Manusia tak mahu kepada agama.
  • Orang ramai terserempak: kehidupan paderi juga penuh maksiat dan dosa.(kerana melawan fitrah manusia). Kumpul duit, jual keampunan, rasuah, makan riba. (Leo ke 10 - belanjakan duit sebelumnya, semasanya dan penggantinya. Seluruh perbelanjaan Perancis hanya untuk Pope).
  • Paderi berebut jawatan dan kuasa dengan raja dan pembesar. (1077M- kesah Henry ke-4 sujud dan meminta maaf kepada paderi). (1245 M- Innocent ke-4 mahu pecat Maharaja Frederick II).
  • Akhirnya tiba ke penghujung masalah - dosa gereja terhadap eropah, kristian dan seluruh agama lain sedunia ialah bila: GEREJA TIDAK MEMBENARKAN ORANG LAIN MEMAHAMI KITAB SUCI.
  • Gereja masukkan ajaran2 pelik dan syiar ibadah pelik.(seperti asya' rabbani- Lord's Supper).
  • Paderi halang orangramai baca kendungan kitab suci. Paderi dakwa pelbagai teori sejarah, geografi, sains bercampur aduk khurafat dan paksa orang ramai terima. Ini jenayah besar paderi Eropah. Membina agama atas sains yang tidak tetap.
  • Saintis jumpa sebaliknya- gereja tuduh murtad. Di bunuh 300,000 saintis. 32,000 dibakar. (antaranya Giordano Bruno, Galillleo dll).
  • Perang dan kebencian saintis terhadap gereja - benci segala yang berkaitan dengan agama --> benci semua agama.
  • Inilah deen yang di'godam' oleh eropah. Ia diikut oleh semua kakak tua seluruh dunia tanpa beza terhadap deen mana sekalipun. Deen eropah ini rosak sejak awal lagi. ‘Orang deen’ bentuk ini hanya wujud di eropah... tidak ada di tempat lain. Oleh itu mungkinkah penyelesaian masalah ini datang dari eropah? Eropah yang telah memisahkan deen dan kehidupan itu..?

BERLALU SUDAH PERANAN ORANG PUTIH...!
  • Tamaddun mereka sudah muflis - ketandusan tasawwur, prinsip dan nilai untuk memimpin manusia. Sejak Magna Carta (1215) dan Revolusi Perancis (1799) tiada benda baru. Semuanya dari syaitan dan hawa dan tidak dapat tahan lama. Bertentangan dengan fitrah.
  • Asas tamaddun mereka-- musuhi deen dan menyanggahi keperluan sebenar manusia.
  • Manusia menderita disebabkan tamaddun mereka cipta sendiri - asal tamaddun sepatutnya untuk bahagiakan mereka. Fitrah manusia bergelut dengan tamaddun - mesti kemenangan di pihak manusia kerana fitrahnya lebih kuat dari tamaddun yang baru 'menyibuk.'
  • Komunis dan sosialis.. juga tak mampu - kerana asasnya juga sama. Menafikan fitrah manusia (disamping menafikan hakikat alam sejagat). Komunis: manusia digerakkan oleh perut - spt binatang. sejarah berubah kerana ekonomi..... mereka ingat dunia bahagia dengan hanya revolusi ke atas borjois...
  • Tasawwur teruk komunis macam tu tak mungkin lahirkan sistem masyarakat yang bahagiakan manusia. Komunis gagal dari detik pertama dalam praktiknya.... mula ubah dan dakwa itu adalah perkembangan.
  • Semua barat sama- w/p gereja tertutup di rusia dan terbuka di Eropah barat - kesemua sistem masyarakat barat adalah bukan dari tasawwur betul terhadap alam.
  • Jangan kehebatan teknologi, roket dan komputer melupakan kita dari kesensaraan dan kemunduran akhlak manusia kini.
  • Manusia adalah paksi dan penentu tinggi rendahnya kemanusiaan. Kebahagian ruh adalah neraca. Alat2 hanya untuk membantu bukan jadi penentu.
    • Bila manusia jadi bahanapi untuk alat, hamba dan pengikut alat.......
    • Bila mereka terperosok pemikiran, akhlak.
    • Bila seks mereka teruk dari binatang..
    • Bila tugas asasinya dah tak dilaksanakan.
    • Bila mereka membunuh jemu dan boring mereka dengan menyiksa ruh. urat saraf dan fizikal dengan arak dan penenang.
    • Bila mereka membunuh anak2 kerana petisejuk dan mesin basuh...
  • Bila pencapaian tamaddun langsung tidak mengubah mereka... maka ini ertinya mereka perlu kepada manhaj hidup lain. Jika tidak ... pencapaian tamaddun ini akan terbazir dan tidak dapat dimanfaatkan sepatutnya oleh manusia seluruhnya. Aqal, sains dan ujikaji pengalaman manusia perlu sepatutnya digunakan untuk manfaat manusia.
  • SEKARANG.. manusia perlu manhaj hidup baru berdasarkan tasawwur i'tiqad yang betul, bukan mengikut kanta sempit manusia mengikut akal, shahwat, al-hawa dan emosi mereka.
  • Ini dilupai oleh barat dan tamaddun mereka.
  • Manusia tetap manusia.. sama sejak dahulu. Ruh dan jasad.
  • Manusia sibuk mengenyangkan kelaparan jasad dengan produk dan industri (filem, hiburan, alat dll) tetapi ini tidak mengenyangkan ruh. Ruh lapar kepada iman terhadap kekuatan yang hebat, alam yang tidak dicapai pancaindera, lapangan yang lebih besar dari hidup dunia dan lapar kepada penyelarasan dalaman dan realiti luarnya, antara syariah hati dan syariah hidup luarannya. Mana2 sistem hidup yang tak dapat mengenyangkan kesemua ini hanya akan menyiksa manusia.

LAUNGAN AMARAN........
  • Ramai manusia melaungkan masalah mereka... tetapi jalan penyelesaian mereka juga kelihatan bodoh...Seperti duduk dalam kurungan- melompat tapi kaki terikat. Terikat dengan sains dan realiti.
  • Penyelesaian --> pecahkan kurungan, keluar dan lihat dari luar. Tidak terikat dengan pandnagan dalam kurungan.
  • Contoh kesedaran masalah dari orang barat sendiri:
    • Alexis Carrel (1944) - (The Nobel Prize in Physiology or Medicine 1912).
    • John Foster Dalas - Menteri Luar USA yang masyhur.

(Alexis Carrel- Man, the Unknown)
  • Iklankan- manusia sebenarnya tidak mengenal manusia.
  • Bagi yang berani ubah dengan menolak tamaddun industri kini demi untuk kemajuan umat manusia.
  • Penerokaan sains kita lebih dari keperluan kita- kita membuang usaha melebihi sepatutnya.
  • Kita lupa kesan industri kita terhadap fisiologi dan minda pekerja kerana semata2: "mendapatkan semaksima produk dengan seminima usaha dan modal."
  • Manusia sepatutnya menjadi pengukur kepada benda lain.. yang berlaku terbalik. Kemajuan ilmu fizik atas ilmu kehidupan adalah bencana terbesar manusia. Ciptaan kita sendiri tidak sesuai untuk kita.
  • Sepatutnya diberi lebih masa untuk melihat kelemahan akhlak dan pemikiran kita dan bukan tambah alat2 baru. Tiada guna tambah kemudahan, keindahan, kekomplekan jika tidak memberi manfaat yang besar berbanding keruntuhan akhlak.
  • Manusia hasil warisan, persekitaran, resam dan pemikiran yang berlaku semasanya. Manusia tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru yang dicipta oleh teknologi. Persekitaran ini akan merosakkannya. Bukan salah teknologi tetapi salah manusia yang menciptanya kerana syok dengan teknologi tanpa tahu tujuan penciptaan dan penerokaannya.
  • Penerokaan Alam 'jamad' bawa kita ke negeri tidak sesuai untuk kita dan menjadikan kita tak mampu mengendalikan diri sendiri..tapi menjadi hamba alat yang mengongkong kita. perkara ini dah berlaku 300 tahun.. sukar untuk keluar.
  • Perubahan mendadak akan berlaku jika kita lari dari apa yang telah dibuat 300 tahun lampau--> kajian seni, keindahan, agama dll. Kajian hari ini akan kelihatan bodoh !
    • Doktor akan ubah cara fikir- kenapa sibuk jaga orang sihat badan tetapi tidak risau orang sakit pemikiran dan akhlaq dalam masyarakat?
    • Ekonomist akan fikir bagaimana bekalkan keperluan seni dan pemikiran manusia dan bukannya makanan dan wang.
  • Pembebasan manusia dari mazhab kebendaan ini akan mengubah seluruh bidang hidup - tetapi ia akan ditentang oleh masyarakat moden.
  • Ada bawa pendekatan psikologi.... freud.. tolak kebendaan..lagi teruk...
  • Penyelesaian cadangan Alexis Carrel: perlu penekanan semula ilmu mengenal manusia.
Tapi...
  • Manusia tak mungkin mampu diluar kemampuannya. Manusia terbelenggu dalam sempadan sains dan waqi' ciptaan mereka.
  • Mundur manusia dalam sains kemanusiaan adalah hasil tabi'i dari penilaian yang salah terhadap peranan manusia dibumi- ketika terpisah dari tasawwur i'tiqadi yang silap.
  • Kejar produktiviti - hasil dari sistem ekonomi tanpa tuhan
  • Semua sistem masyakarat - ciptaan hasil benci pada agama.
  • Dallas ; tamaddun kita tak akan boleh bertahan tanpa balik pada pembangunan ruh....

  • Dallas tak faham- kristian yang ada- tak mampu kerana dah dirosakkan oleh Paul, Qostantine dan Paderi dan Gereja.
  • Jika ikut kristian- banyak benda kena haramkan- riba dll
  • Jurang kristian asal dan kehidupan barat semasa- sangat2 jauh... dijauhkan sejak 500 tahun.
  • Tiada manhaj lain yang mampu kecuali Islam. Tetapi mengambil manhaj ini tak boleh hanya kerana ingin membenteras masalah2 terntentu yang berlaku dalam masyarakat sahaja.
  • Islam hanya akan berfungsi bila diberi kuasa sebebas-bebasnya, menjadi tuan dan bukannya khadim (orang gaji?)

PENYELAMAT.....
  • Penyelamat yang ditunggu- sifatnya hanya ada pada Islam.
  • Ilmu kemanusiaan tidak mampu menangani masalah ini..
  • Kerana Islam bukan ciptaan barat... mereka tak terima..
  • Kerana mereka sendiri menyerang dan menentang Islam... tak mungkin mereka akan terima Islam sebagai penyelesaian.
  • Islam melalui sifat dan hakikat yang ada padanya... mampu ! Kerana manhaj lengkap, kamil dan mutakamil. Ia tasawwur dan sistem kehidupan.
  • Perubahan bukan dengan tekankan semula ilmu kemanusiaan... tak cukup dengan  penempelan. Tetapi dengan ambil Islam dan yakin: manusia adalah manusia dan apa matlamat kewujudan mereka.
  • Tidak mungkin manusia mampu untuk fikirkan sistem untuk manusia.. manusia boleh fikir fizik. kimia. medic dan mencipta alatan baru... namum mereka tak mampu cipta sistem hidup untuk mereka sendiri.
  • Alam kebendaan suatu yang boleh dilihat dan diuji... alam manusia hakikatnya kabur.

Kesilapan lain:
  • Rasa penguasaian manhaj ruh dalam kehidupan akan menolak ilmu2 materialism dan hasil tamaddun yang lahir darinya.
  • Anggapan bodoh dan lucu- hasil dari sejarah panjang.
  • Islam membebaskan akal dan suruh gunakan betul2- sejarah buktikan- tetapi dalam lingkungan fitrah dan tidak bertentangan dengan tabiat manusia.
  • Islamlah yang mulakan manhaj tajribi (empirical) diambil oleh Roger n Francis Bacon.
  • Hanya Allah tahu pasal manusia- dia mencipta manhaj - tetapi beri akal dan dikawal dari terseleweng oleh hawa, mengarut, sesat dan menjunam jatuh.
  • Jadilah manusia tuan kepada material dan bukan hamba.
  • Ilmu material akan jadi maksima penggunaannya bila dalam manhaj Islam kerana ia akan selari dan selaras antara fitran manusia dan fitrah alam. Ilmu kemanusiaan juga ada nilainya.

ESOK TETAP MILIK ISLAM....
Bile jelas 'Islam sahaja mampu dan memenuhi ciri-ciri penyelamat yang dinantikan'
  • Maka: Nampaklah betapa besarnya jenayah menghalang kemaraan Islam dan menghalang pendukung Islam. Jenayah terhadap manusia seluruhnya yang sedang merana.
  • Walaupun serangan dahsyat.. tapi tetap yakin esok milik Islam.
  • Pernah hadapi lebih dahsyat....tapi dapat hadapi..tatar, salib dll
  • Bukan arab, kurdi halang penjajahan tetapi kerana Islam (Solahuddin, Mamalik, Sudan, Libya, Moroko dll)
  • Islam diserang kerana menghalang kuasa rakus penjajah. Tetapi Islam tetap akan menang.
    • Kesah Suraqah bin Malik
  • Penentu masa depan pertarungan ini bukan terletak pada kehebatan tamaddun barat, bukan besarnya jahiliyyah atau kuatnya serangan ke atas Islam.... tetapi penentu ialah kekuatan al-haq dan kemampuannya untuk menghadapi pukulan demi pukulan.
  • Tetapi kita tidak keseorangan... semua fitrah bersama kita. Bila bertentangan fitrah dan tamaddun, pasti fitrah akan menang.
  • Tugas kita berat dan panjang... menarik keluar fitrah dari timbunan-timbunan kemudian menghancurkan timbunan2 itu.
  • Perlu persediaan panjang... kita perlu capai setinggi kehebatan manhaj ini juga.
    • Persediaan iman mengenal Allah dan beriman,
    • Ibadah dengan sebenarnya...
    • Faham teknik moden dan mengenal jahiliyyah
    • Faham dan menguasai ilmu dan tamaddun semasa menguji dan memilih. Kita perlu tahu dan kenal agar tahu mana yang boleh dan tak boleh.
Perjuangan masih panjang...

Followers