Monday 28 March 2011

..::::2:::..TaRbIyyAh::::::..



..::Menjadi AliM Mujahid::..

Pelajar adalah anggota masyarakat yang manekuni bidang keilmuan formal di institusi pengajian tinggi. Mereka dikira sebagai “ the cream of society “ atau sari masyarakat kerana kedudukan yang istimewa dan potensinya untuk menerajui kepimpinan masa depan . Bagi sesebuah Negara pula, pelajar adalah golongan harapan , oleh itu penumpuan yang cukup besar , sama ada dari segi kewangan dan perancangan , telah dicurahkan untuk merealisasikan aspirasi dan kehendak –kehendak Negara menerusi golongan ini.

            Dari kacamata Islam, pelajar adalah golongan pemegang amanah Allah yang berupa ilmu pengetahuan , sama ada ilmu yang bersangkut paut dengan Al-Din ataupun ilmu untuk mengurus kehidupan dunia. Ayat yang pertama-tama turun dalam Islam telah menjelaskan bahawa “ Allah yang mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahu” S96:5

            Disini Allah manyatakan bahawa Dia mangajarkan pengetahuan kepada manusia (al-insan) secara umum , sama ada muslim ataupun bukan. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah tentang pemilikan pengetahuan yang berguna disisi bukan mukmin agar diambil alih oleh orang-orang yang beriman.



“ Hikmah adalah barang mukmin yang tercicir , di mana sahaja mendapatinya maka beliau lebih berhak mamilikinya.” Oleh itu pelajar muslim sama ada yang mempelajari ilmu-ilmu Al-Din ataupun ilmu-ilmu untuk mengurus dunia ini adalah penuntut ilmu-ilmu Allah swt.

Inilah perspektif dan tasawwur yang perlu diperbetulkan dahulu supaya tidak timbul percanggahan arah dan tujuan perlaksanaan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Bagi pelajar muslim apa jua ilmu yang dituntutnya kini adalah imu Allah dan untuk dilaksanakan dijalan Allah. Oleh itu tidak semestinya timbulnya pertentangan  antara fikrah dan aqidah Islam yang telah diyakini di satu sisi dengan ilmu-ilmu keduniaan disisi lainnya. Kerana seorang pelajar muslim-muslim tahu memilih dan mengambil “hikmah” dari sesiapa sahaja yang memilikinya. Ini perlu digaris bawahi memandangkan kepada reality hari ini bahawa kebanyakan dari ilmu-ilmu penegtahuan yang beredar telah pun disekular.

            Bertitik tolak dari tasawwur yang benar tentang ilmu pengetahuan dan disertai dengan dorongan niat yang ikhlas, pelajar muslim memandang bahawa proses menuntut ilmu itu adalah bahagian dari ubudiyyah dan pengabdiannya terhadap Allah SWT. Konsepsi inilah yang melatarbelakangi kesungguhan dan keghairahan pelajar muslim dalam menuntut ilmu dan memperdalamnya.


            Rasulullah sebagai mu’allim mdan murabbi suatu hari mengajar dan memberi motivasi kepada Muazd ibn Jabal , seorang tokoh yang dikemudian hari nya menjadi seorang fuqaha dikalangan sahabat r.a dan guru kepada orang-orang Yaman dengan sabdanya bermaksud :

Pelajari olehmu akan ilmu pengetahuan , kerana :
Mempelajarinya kerana Allah adalah Hasanah
Mengkajinya adalah Tasbih
Mencarinya adalah Jihad
Menuntutnya adalah Ibadah
Mengajarnya adalah Sadaqah
Mencurahnya pada ahlinya adalah Qurban
Memikirnya laksana Puasa dan
Mendiskusikannya ibarat Qiyam

Demikian mulia pandangan Islam terhadap orang-orang yang menceburi diri dalam ilmu—pengetahuan .Dan di sana terlalu banyak hadith-hadith Rasulullah ataupun ayat-ayat Al-Quran yang memberi galakan dan pujian terhadap mereka yang menuntut ilmu dan memilikinya.Cukuplah sebuah hadith yang menjadi buku bahawa “ Orang –orang yang berilmu itu adalah pewaris nabi.”

Ini kerana para nabi tidak meninggalkan harta pusaka untuk umatnya melainkan pengetahuan yang tersimapan dalam dada orang-orang yang berilmu .Kedudukan mereka sungguh mulia dalam pandangan Rasulullah , begitu juga di sisi Allah SWT , oleh itu  Allah berfirman :



“ Hanyasanya yang benar-benar takut kepada Allah dikalangan hamba-hambanya adalah orang-orang yang berilmu.” Mereka takutkan Allah kerana melihat kebesaran dan kekuasaan Allah dengan ilmu yang ada pada mereka seperti juga para nabi yang takutkan Allah dengan ilmunya.

Suasana Pembelajaran Hari ini.

Perlu dibuat pembatasan disini bahawa pembicaraan dalam kertas ini hanya memberi tumpuan kepada proses pembelajaran di institusi pengajian tinggi sahaja. Ini bukan bermakna pengabaian terhadap Lembaga-Lembaga pendidikan yang lebih rendah daripadanya , tetapi sekadar memudahkan perbinacangan yang disesuaikan dengan reality yang kita berada di dalamnya.

Suasana pembelajaran di IPT boleh dilihat dari 2 sudut pandang : Manusianya , dan ilmu yang dipelajari
Yang dimaksudkan dengan manusianya disini adalah para penuntut itu sendiri. Dia sana telah terjadi suatu pergeseran motif dalam diri para penuntut ilmu dari mencari ilmu untuk

Mendekatkan diri kepada Allah dan berkhidmat di JalanNya kepada motif pencarian harta kekayaan semata-mata. Bagi kebanyakan mereka , harta adalah segalanya dan ia lebih mulia dan lebih utama dari ilmu. Kalaulah tidak kerana dorogan harta nescaya ramai yang tidak mahu belajar. Motif yang sama juga berlaku kepada kebanyakan mereka yang menyambung pelajaran dari Ijazah kepada Master dan Doktor Falsafah.

Pergeseran motif ini terjadi kerana berleluasanya fahaman materialisme yang melanda seluruh dunia pada hari ini. Negara-Negara dan kerajaan –kerajaan yang merupakan bahagian dari masyarakat dunia telah dipacu untuk saling berlumba mencari dan mengejar “wealth of nation”. Negara yang tertinggal dikatogerikan sebagai “third world countries” atau “underdeveloped.” Pada akhirnya keadaan ini mendesak masing-masing Negara untuk menghalakan seluruh jentera pendidikannya ke arah menegeluarkan mereka dari dikelompokan kepada Negara dunia ketiga tadi menuju ke kepada apa yang mereka namakan “newly industrilised countries” atau Negara maju. Kesannya terhadap penuntut ilmu adalah jelas kerana Negara-Negara telah memberikan siyarat tentang apa yang dikehendaki. Sesiapa yang memilih lain dari apa yang telah ditetapkan , dengan sendirinya  akan tergilis oleh “ roda pembangunan “ dan menjadi apa yang mereka golongkan sebagai “unemployed”. Ketakutan terhadap “unemployment” inilah yang mendorong ibu bapa menyekolahkan anak-anaknya ke peringkat tinggi.

Sudut pandangan yang kedua adalah berkaitan dengan bidang ilmu yang diceburi oleh para penuntut. Secara garis besarnya bidang ilmu di IPT ini boleh dibahagikan kepada dua katogeri : Pertama , ilmu yang berhubung dengan al-Din secara langsung , dan kedua , ilmu yang bersangkut paut dengan pengurusan kehidupan dunia. Contoh bagi ilmu yang pertama adalah ilmu syariah , fiqh , hadith , tafsir , dll.Contoh ilmu yang kedua adalah kejuruteraan , undang-undang , kedoktoran , accounting , sains dll. Golongan pertama melahirkan “ustaz-ustaz” dan yang kedua kononnya menegeluarkan “professional-intellectual.” Pemisahan ini timbul kerana system pendidikan Negara yang memandang bahawa penggabungan kedua-duanya adaah tidak efficient dalam bersaing bagi menyegerakan pencapaian kekayaan Negara.

Perlu diingat di sini bahawa walaupun kedua-dua bidang ilmu ini berbeza, tetapi kebanyakan para penuntutnya mempunyai motif yang sama dalam mencari ilmu seperti yang telah dijelaskan dalam sudut pandangan yang pertama.

Seperti yang telah disentuh dalam muqadimmah kertas ini bahawa kedua-dua ilmu itu datang dari Allah SWT. Boleh jadi disatu pihak ilmu-ilmu syariat masih dalam penguasaan ummat Islam, tetapi di pihak lain ilmu-ilmu untuk mengurus kehidupan dunia seperti sains , teknologi , pentadbiran dll berada ditangan orang lain. Hari ini kepimpinan dunia berada di tangan orang-orang yang memiliki sains dan teknologi  tetapi tidak memiliki ilmu-ilmu syariat. Oleh itu hanya dan hanya apabila motif pelajar muslim diperbetulkan dahulu , kemudian mereka mengambil kembali “hikmah” yang telah tercicir dari tangan , baru ketika inilah mereka akan mampu berperanan sebagai pemegang amanah Allah dan menjadi generasi harapan Islam untuk memimpin dunia masa hadapan.




Tanpa perubahan perilaku ini , pelajar hanya akan menjadi mangsa kepada apa yang disifatkan oleh Al-Maududi sebagai “kilang-kilang” penyembilahan. Dan degree yang diterimanya laksana “ sijil-sijil maut “ yang tidak ubah seperti ternak-ternak yang merasa bangga dengan gempal tubuhnya tetapi tidak menyedar bahawa suatu hari nanti mereka akan disembelih juga.

Inilah realiti pembelajaran hari ini yang perlu disedari dan diinsafi oleh setiap pelajar muslim. Mereka tidak boleh merasa cukup dengan apa yang ada dan berpuas hati dengan apa yang berlaku. Pelajar muslim mesti mempunyai visi pandangan kehapan demi masa depan Islam.Mereka tidak boleh menjadi insane kerdil yang hanya memikirkan dirinya sendiri. Mereka mesti menjadi pupuk dan baja ummah ini dan bukan sebagai benalunya.

Tetapi malangnya realiti dan suasana pembelajaran hari ini telah mambentuk para pelajar untuk hanya memperturutkan hawa nafsunya.Al-Maududi mengatakan “Bilamana saya bersua dengan siswazah dan mahasiswa muda,saya cuba merisik samada mereka ada matlamat dalam kehidupan.Saya kecewa melihat kebanyakan mereka, kecuali beberapa individu sahaja, memperlihatkan kehairanan apabila diajukan persoalan in. Bagi mereka, pandangan yang menyatakan bahawa perjuangan hidup mesti dikorbankan kepada matlamat yang berguna merupakan satu impian lapuk. Saya sedih dengan sikap tidak peduli yang ditunjukkan oleh golongan muda yang berpendidikan tinggi. Saya kehilangan ungkapan untuk memberi gambaran mengenai sistem pendidikan sekarang ini, yang mana telah bertahun-tahun memberi latihan keintelektual tetapi gagal untuk menyedarkan tentang betapa perlunya seseorang itu mempunyai matlamat dalam hidup. Seorang insan tidak berbeza dari haiwan jika ia mengharungi hidup ini tanpa mempunyai tujuan dan menumpukan seluruh tenaganya hanya untuk melayani tuntutan hawa nafsu yang rakus.”

Pelajar yang tidak mempunyai matlamat dan visi dakam kehidupannya hanya akan menjadi korban dan mangsa industri ekonomi. Harga dirinya bergantung kepada pasaran kerana mereka telah jadi barang dagangan.Pelajar yang tidak berpandangan jauh ke hadapan telah kehilangan kehendak kerana  kehendak-kehendak mereka telah bertukar menjadi kehendak pasaran.Pelajar yang hanya memperturutkan hawa nafsunya dan kehilangan daya juang dalam hidupnya tidak lain adalah produk-produk industri dan komoditi yang siap untuk diperjual belikan.

Oleh itu apakah visi pelajar muslim yang sebenarnya,agar mampu keluar dari cengkaman pasar,bahkan supaya mampu menukar kehendak pasar,dan bukan sebaliknya?.Inilah yang akan dijawab dalam kertas kerja ini dengan izin Allah SWT.   








Apakah Visi Pelajar Muslim?

Secara ringkasnya visi pelajar muslim dapat disimpulkan dalam dua patah kata :
ALIM MUJAHID.Setiap pelajar muslim bertanggungjawab menjadikan dirinya
Sebagai seorang yang alim lagi mujahid.ALIM memberi konotasi penguasaanya terhadap bidang ilmu yang diceburinya, sama ada ilmu yang berkait dengan al-Din ataupun berhubung dengan  pengurusan kehidupan dunia.MUJAHID pula memberi konotasi bekerja dan berjuang untuk ketinggian islam.Kombinasi keilmuan dan amal islami adalah visi pelajar muslim.

Penyatuan ilmu dan perjuangan meniggikan kalimat Allah mempunyai dasar yang kauat dalam Al-Quran.Ia diinspirasikan dari surah At-Taubah 122 tentang terbentuknya kumpulan yang mendalami al-Din dengan cara keluar berjihad bersama Rasulullah kemudian memperigati kaumnya apabila mereka telah kembali.

Firman Allah:





Marhumnya:“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya(ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengertian mereka(tentang) al-Din,dan kepadanya,supaya mereka dapat menjaga dirinya.”-(S9.122)

As-Syahid Sayyid Qutb memberi penjelasan tentang ayat di atas, katanya
“Bahawanya orang tidak perlu keluar semuanya berjuang, tetapi memadai satu kumpulan sahaja dari satu-satu golongan,secara berganti-ganti antara yang telah pergi dan yang masih belum pergi,supaya kumpulan itu dapat mengerti tentang Ad-Din dengan keluar berjuang dan berjihad dan melibatkan diri dengan gerakan yang menyokong aqidah ini(islam),kemudian memperingatkan golongan yang tinggal bersama kaumnya(tidak ke medan perang) bila mereka kembali-dengan waktu apa yang dialaminya dan pengetahuan yang didapatinya tentang islam sewaktu terlibat dalam jihad dan gerakan.”

Revelensi ayat di atas dengan visi plajar muslim mengisyaratkan bahawa pelajar muslim adalah satu kumpulan mukminin yang mempunyai kesempatan yang luas untuk “tafaqquh fiddin”(memperdalamkan Ad-Din) dan sekaligus sebagai golongan mujahid,da’i dan amiiin yang memberi peringatan dan perbaikan islam apabila mereka kembali ke tengah-tengah masyarakat.




Sejarah Islam sepatutnyaa menjadi tauladan kepada seluruh pelajar muslim kerana telah memaparkan contoh-contoh mithali para alim mujahid. Imam Malik Ibn Anas , Imam Abu Hanifah , Imam Syafie , Imam Ahmad Ibn Hanbal , Hujjatul Islam Al-Ghazali , Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan lain-lain , adalah diantara sebilangan contoh para ulama’ al-amilin. Mereka adalah pemilik ilmu-ilmu yang luas , dan pada masa yang sama mereka juga adalah dai , mujahid dan amilin.


Muhammad Ahmad Al-Rasyid , dalam kitabnya Al-Muntalaq , mengutip sebuah syair Abdul Wahhab Azzam , tentang perlunya kombinasi ilmu dan jihad :






Seorang yang alim adalah juga seorang daie’
Adapun pengarang berbagai buku , cukuplah kita katakana kepadanya :
Demi Allah , kamu bukanlah alim dan bijak
Kamu tidak lain hanyalah peniaga berbagai ilmu.


Sikap Islam terhadap kedudukan ilmu dan ilmu adalah jelas. Malaikat telah diperintahkan sujud kepada Adam setelah Allah mengajarkan ilmu yang tidak diajar kepada malaikat. Telah Islam juga menggariskan bahawa tujuan ilmu telah adalah amal.Dan Al-Quran sebagai kitab segala ilmu lebih menekankan kepada amal dari gagasan, seperti yang diungkapkan oleh Muhammad Iqbal bahawa “ The Quran is a book which emphasizes “deed” rather than “idea”. Lebih dari itu Al-Quran juga menegaskan bahawa  fungsi dan peranan ilmu yang sebenarnya adalah untuk membela dan mempertahankan kebenaran. Surah Al-Hadid ayat 25 mengkombinasikan antara kitab yang merupakan sumber ilmu dan tamadun disatu pihak , dengan besi yang berperanan sebagai pembela kebenaran dan penjaga keadilan , di pihak yang lain. Gabungan kitab dan besi memberi inspirasi akan visi pelajar muslim untuk menjadi seorang Ilmuan pahlawan , Alim Mujahid.

Untuk merealisasikan visi yang murni ini beberapa objektif perlu dikenal pasti.Di sini akan diutarakan secara garis besar beberapa objektif yang dikira penting dalam mewujudkan visi alim-mujahid.

Beberapa Objektif Ke arah Visi Alim Mujahid

Kertas ini mencuba untuk mengutarakan 5 objektif yang dianggap penting untuk mencapai visi alim mujahid. Ianya dirujuk kepada persediaan –persediaan yang perlu ada pada setiap diri para pelajar muslim untuk menjadikan dirinya sebagai alim mujahid.


0 comments:

Post a Comment

Followers