Tuesday 5 April 2011

Nasihat & Panduan Dari Saidina Ali~


Ketokohan Saidina Ali memang tiada tolok bandingannya. Nasihat beliau menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman. Jadi kita sebagai ummat Nabi Muhammad & penerus perjuangan pada akhir zaman  ini harus mengambil iktibar daripada nasihat-nasihat beliau.




*Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.




*Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri. 




*Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti




*Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu




*Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.




*Dia hendaklah memper'elok' setiap tindak tanduknya seharian sebelum memper'elok' lidahnya. 




*Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain. 




*Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.




*Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.




*Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal




*Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. 




* Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu. 




* Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya. 




* Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.



 * Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.



 * Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.



 * Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.



 * Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.



 * Tepati janji adalah kembar kepada benar.



 * Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.



 * Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.



 * Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.



 * Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.




* Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas. 




 * Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.




* Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.



Sama-samalah kita muhasabah diri dan mengambil pengajaran daripada nasihat-nasihat dan panduan-panduan tokoh yang mulia ini.


0 comments:

Post a Comment

Followers