Monday 16 May 2011

*Tanah Suci Mekah*

Makkah Al-Mukarramah

Bumi yang penuh keberkatan. Di sana terdapat Baitullah al Haram iaitu kiblat kaum muslimin. Hati merasa rindu dan terpaut ke sana untuk melihat Kaabah dan Tawaf. 

  1. Abdullah bin ’Adi bin  Al Hamrak berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW sedang bersabda (mengenai Mekah) maksudnya:

”Demi Allah, sesungguhnya engkau (Mekah) sebaik-baik bumi Allah dan sekasih-kasih bumi Allah kepada Allah. Kalaulah saya tidak dikeluarkan Allah daripada engkau nescaya saya tidak keluar meninggalkan engkau”.
HR Ahmad dan Ibnu Majah


  1. Tiada negeri sebaik engkau. Engkau cukup ku kasihi. Kalaulah kaumku tidak mengeluarkan aku daripada engkau, nescaya aku tidak akan tinggal mencari (tempat tinggal) selain daripada engkau”.
HR Tarmizi daripada Ibnu Abbas

Masuk Ke Tanah Suci Mekah

Masuk ke tanah suci untuk ’ibadah Haji  & ’Umrah atau ’Umrah sahaja, di sana terdapat Miqat atau tempat yang mesti kita berihram. Sekiranya kita tidak berbuat demikian maka kita dikenakan Dam.

Adab Masuk Ke Mekah Untuk Haji & ’Umrah Atau ’Umrah Sahaja

1.                  Mandi dan membersihkan diri  (memakai pakaian ihram dan berniat di Miqat).

2.                  Masuk melalui Ma’lah – kalau boleh, kalau tidak boleh tidak mengapa.

3.                  Segera ke Baitullah selepas meletakkan barang-barang di tempat yang selamat.

4.                  Masuk melalui Babun (pintu) Bani Syaibah  iaitu Babus Salam (باب السلام).

5.                  Masuk dengan khusyuk dan membaca:

اعوذ بالله العظيم وبوجهه الكريم وسالطانه القديم من الشّيطان الرجيم
بسم الله اللهم صل على محمد وآله وسلّم0 اللهمّ اغفرلي ذنوبي و افتح لي ابواب رحمتك


6.                  Nampak sahaja Ka’abah Allah Al Haram, angkat tangan dan berdoa :

اللهمّ زد هذا البيت تشريفا و نعظيما وتكرعا و مهابة و زد من شرفة و كرّمة ممن حخّه واعتمره تشريفا وتكريما وتعظيما وبرا
اللهم انت السّلام ومنك السّلام فحيّنا ربنا باسلام

7.                  Kemudian terus ke Hajar Aswad- kucup tanpa suara, kalau dapat kalau tidak dapat hendaklah Istilam dengan tangan dan kucup tangan, kalau tidak dapat juga isyarat sahaja dengan tangan.

8.                  Kemudian berdiri pada garisan tawaf dan memulakan tawaf- tidak dituntut solah Tahyatul Masjid kerana tahayyatnya ialah tawaf bagi kita yang baru sampai kecuali masuk sesudah iqamah maka hendaklah melakukan solat fardhu bersama-sama imam, atau ditakuti luput waktu solah fardhu maka dahulukan solat fardhu.

9.                  Sesudah tawaf  7 kali maka dilakukan  sunat tawaf 2 rakaat di belakang  Makam Ibrahim kalau ada peluang kalau tidak, lakukanlah di mana-mana sahaja di dalam Masjidil Haram.

10.              Minum air zam-zam.

Di Sana Terdapat Tempat-Tempat Yang Penting Dalam Ibadah Haji Dan ‘Umrah

1.                  ‘Arafah :  tempat wukuf – rukun Haji yang kedua.

Padang  'Arafah

2.                  Muzdalifah : tempat bermalam – perkara wajib Haji, juga tempat mengutip anak-anak batu.

Bermalam di Muzdalifah

3.                  Mina : tempat melontar jamrah dan tempat bermalam (bermabib) perkara wajib Haji.

Mina

 Juga terdapat tempat-tempat yang cukup bersejarah di dalam Islam

*        Jabal Nur – terdapat Gua Hirak- tempat di mana wahyu pertama diturunkan.

Jabal Nur

Gua Hira'

*        Tan’im (batas tanah haram Mekah dari arah Madinah)– Ji’ranah dan lain-lain tempat untuk berihram ‘Umrah.


Masjid Tan'im yang di bina di atas tapak batas tanah haram Mekah

0 comments:

Post a Comment

Followers