Friday 1 July 2011

Doa Orang Bertaqwa.

Pada suatu ketika Ali bin Abi Talib diserahi seorang pencuri untuk dihukum, kemudian beliau bertanya "Apakah engkau telah mencuri ?" , kemudian dijawab "Ya".

Kemudian setelah diulang pertanyaan sehingga tiga kali dan orang itu selalu mengiyakan maka Ali menyuruh agar orang itu dipotong tangannya.
Kemudian pulanglah pencuri itu dengan kudung sebelah tangannya dan di tengah perjalanan dia bertemu dengan Salman Al Farizi dan kemudian ditanya , " Siapakah yang telah memotong tanganmu?" dia menjawab " Yang telah memotong tanganku adalah sendinya agama, menantu nabi, anak bapa saudara nabi dan pemimpin orang mukmin, iaitu Ali bin Abi Talib.

"Dia telah mengkudungkan tanganmu tetapi kamu malah memujinya", kata Salman hairan. "Ya kerana dengan tangan yang satu bererti dia telah menyelamatkanku dari seksa", katanya. Kemudian Salman memberitahukan hal tersebut kepada Ali bin Abi Talib. Maka Ali pun lalu memanggil pencuri itu dan setelah pencuri itu tiba diambilnya potongan tangan pencuri itu untuk disambungkan kembali ketempatnya seraya ditutup dengan sapu tangan. Kemudian Ali berdoa kepada Allah untuk kesembuhan tangan pencuri itu. 
Akhirnya dengan izin Allah tangan itu bersambung kembali seperti sedia kala.

Said bin Zaid pada suatu hari dia telah diadukan kepada khalifah Marwan bin Hakam oleh seorang wanita yang bernama Arwa binti Aus dengan tuduhan bahawa dia telah mengambil sebahagian tanahnya. "Apakah aku akan mengambil tanahnya setelah aku mendengar sabda nabi?" jawab Said ketika ditanya."Apakah yang telah engkau dengar dari nabi?" tanya khalifah. " Aku telah mendengar Rasulullah bersabda " Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah dengan aniaya maka akan dikalungkan ke lehernya sedalam tujuh petala bumi", jawabnya. Lalu khalifah berkata " Setelah aku mendengar jawapanmu maka aku tidak akan meminta bukti lain darimu". Kemudian Said berkata " Ya Allah jika wanita ini berdusta maka butakanlah matanya dan matikanlah dia ditanahnya itu". Maka butalah mata wanita itu dan ketika dia berjalan di tanahnya tiba-tiba dia terjerumus ke dalam lubang sumur sehingga menjadi kuburnya.

0 comments:

Post a Comment

Followers