Friday 9 September 2011

Kehilangan Sirah dan Sejarah Dari Dada Ummat


Ada sejenis kemiskinan yang sangat mengerikan bagi suatu bangsa atau suatu generasi. Bukan kemiskinan seperti yang difahami oleh umat manusia saat ini, tetapi kemiskinan yang menjadi pangkal kehinaan atau kejatuhan  di dunia dan akhirat. Kemiskinan ini akan membuatkan suatu bangsa atau generasi itu terkubur dalam penderitaan dan penguasaan bangsa lain selama-lamanya.

Kemiskinan yang cuba dibincangkan disini bukanlah kemiskinan sumber daya dan kekayaan. Bukan juga harta dan sumber alam. Tetapi Al Quran menyebutkan yang lebih dari itu, ada kemiskinan yang lebih parah pada ummat manusia. Itulah kemiskinan Iman kepada Allah dan RasulNya, kemiskinan penghayatan terhadap sejarah hidup utusan Allah (Muhammad SAW yang cemerlang).

Penderitaan bangsa-bangsa di dunia sekarang ini, bukanlah kerana kemiskinan harta benda tetapi adalah disebabkan mereka tidak mempunyai sejarah atau kebanggaan masa lalu. Disaat seperti ini, bangsa tersebut tidak lagi memiliki motivasi untuk bangkit dan memperbaiki nasibnya. Akhirnya, jiwa budak atau kehambaan (pada bukan yang sepatutnya) mula tumbuh di dalam jiwa ummat menyebabkan mereka terus terkongkong dan dibelenggu hingga akhirnya mereka menerima perhambaan itu sebagai sebahagian dari hidup mereka.

Umat Islam yang kita cintai ini sebenarnya memiliki sejarah dan peradaban masa lampau yang sangat agung. Terutama dalam perjalanan sirah Rasulullah SAW yang penuh dengan keberkatan dan hikmah. Sirah yang harum ini masih lagi terpelihara tetapi cuba dipadamkan dan disembunyikan dari jiwa ummat ini. Bahkan kebanggaan terhadap sejarah Islam secara umumnya tercabik-cabik di sana sini. Ini adalah kerana kesan penjajahan Barat melalui perancangan-perangcangan yang begitu halus dan rapi. Para penjajah telah membuatkan umat Islam jauh dari sejarah mereka yang agung sekaligus berhasil menanamkan semangat kebangsaan jahiliyyah pada sebahagian kaum mudanya.

Bagaimanakah Sejarah Menjadi Terkubur Dan Sirah Terabai.

Dahulu kaum Muslimin masih mempunyai disiplin yang ketat dalam kerangka keilmuan. Saat itu ada beberapa aliran pemikiran yang menggambarkan bahawa sirah atau perjalanan hidup Rasulullah SAW tidak begitu penting; dinyatakan bahawa ilmu Islam itu dibangunkan di atas tiga kerangka iaitu:
1.      Aqidah
2.      Fiqh
3.      Akhlak
·       Yang disebut ilmu tiga serangkai
Dulunya memang tiga kajian ini cukup membentuk peribadi Muslim yang sedar akan kewajibannya terhadap Allah dan masyarakat. Sehingga di tahun keenam puluhan masih kita temukan seorang wanita yang pantang keluar rumah selama 40 hari apabila habis diceraikan oleh suaminya dan menunggu masa ‘Iddah.

Namun, ada yang terputus. Ketiga kajian ini jelas kekurangan satu hal pokok, iaitu “mata rantai yang akan menghubungkan mereka dengan Rasulullah SAW, bahkan dengan nabi-nabi sebelumnya”. Ini disebabkan tiadanya kajian sirah ataupun sejarah Islam yang berdasarkan wa’yun atau kesedaran ilmiah. Yang ada hanya pembacaan kitab-kitab syair seperti berzanji, burdah dan sebagainya.

Akhirnya persoalan aqidah dibincangkan dengan begitu falsafah hingga sukar difahami apatah lagi untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Oleh itu cukuplah aqidah itu sekadar dibincangkan, diseminarkan dan sebagainya. Permasalahan-permasalahan Fiqh dibincangkan tanpa batas-batas ukhuwah dan aqidah akhirnya timbul isu-isu kafir mengkafir. Persoalan akhlak pula lebih cenderung kepada bentuk pemahaman Tareqat yang begitu mengelirukan.

Sirah Dan Kemantapan Jiwa Dalam Perjuangan.

Memahami dan menghayati sejarah masa lampau adalah suatu kemestian bagi pembangunan suatu Ummat. Tatkala Allah mengutuskan Nabi Musa AS kepada Bani Israil yang telah sangat lemah mental dan rosak keperibadiannya, Allah membekalinya dengan suatu perintah;

“Dan ingatlah ketika…..” (Al Maidah:20).

0 comments:

Post a Comment

Followers