Tuesday 20 September 2011

KESEMPURNAAN NI'MAT ALLAH S.W.T. KEPADA KITA

Ni'mat Allah S.W.T. yang sebenarnya diberikan kepada hamba-hambaNya yang taat patuh kepada-Nya semata-mata, di setiap masa dan tempat.

Dasar kita adalah satu sahaja. Dasar inilah yang perlu  kita bawa  dan hayatinya di mana-mana sahaja, iaitu: kita  tidak  akan mengabdikan diri kepada ilah-ilah yang lain selain Allah s.w.t..

Hal  ini  sebenarnya  telah kabur di  dalam  masyarakat  kita seluruhnya.  Oleh yang demikian dasar tersebut perlulah  diproses lain, guna untuk melahirkan pengabdian yang sebenarnya. Oleh  yang demikian  kita perlu kepada manusia yang berjiwa  bersih  sebagai tenaga  penggerak, yang bergerak di dalam satu jamaah yang  padu. Tenaga penggerak yang mempunyai jiwa yang bersih ini hanya  alakn lahir  sari  satu  program Tarbiyyah  (pendidikan)  'Aqidah  yang sebenarnya.

Dengan  cara  ini barulah kesempurnaan ni'mat  Allah  S.W.T. kepada  kita  itu dapat dirasai. Barulah disedari  bahawa  nikmat Allah  S.W.T.  tidak  terkira.  Ketahuilah  bahawa  Allah  S.W.T. sebesar-besar punca kenikmatan.

Bagi mereka yang mengetahui persaudaraan mu'min, mereka akan berusaha untuk menegakkan Islam, di tengah masyarakat yang  leka dengan  kemungkaran ini. Tertegaknya Islam merupakan obor  kepada seluruh  Ummat.  Keadilan akan tercapai.  Kezaliman,  kemunkaran, kedurhakaan kepada Allah S.W.T. akan dibenteraskan.

Untuk  itu kita perlu kepada kesabaran. Kita sebagai  tenaga penggerak   Islam,  perlulah  bersikap  sabar.  Jika  belum   ada masyarakat Islam, kita perlu bersabar untuk mengujudkannya.

Sikap  sabar yang melahirkan natijah yang  sebenarnya,  hanya akan  lahir malalui Tarbiyyah (pendidikan) Imaniyyah yang  jelas. Bila  ini  kita hendak lakukan, kita perlu  melihat  dan  merujuk kepada rangka perjuangan Islam yang pertama dahulu. Hal ini telah dijelaskan oleh asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya, Ma'alim Fi at-Tariq.  Tidak  lain  contoh   bagi  kita  yang  ingin menghayati  Islam  selain  dari Ummah yang  telah  dibentuk  oleh Rasulullah S.A.W..

Dalam  rangka  kita mengejar ni'mat Allah S.W.T.  ini,  sikap kasihan  perlu  ada. Kita kasihan terhadap mereka  yang  terikut-terikut  melakukan munkar. Kasihan melihat  manusia yang masih  mendewa-dewakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.. Mereka  yang masih melakukan apa yang Allah S.W.T. larang dan meninggalkan apa yang Allah S.W.T. perintahkan itu, patut kita kasihani.

Atas  dasar  kasihan inilah kita  perlu  bertindak  merubah, menolong   serta   membantu  mereka   agar   tidak   meninggalkan kemungkaran   lagi.  Punca  kemungkaran  itulah   perlulah   kita hancurkan.

Bagi  mereka yang mendewa-dewakan makhluk itu kita  jelaskan tentang pengertian (konsep) makhluk itu. Bahawa makhluk itu bukan untuk  didewa-dewakan, perlulah dijelaskan kepada mereka.  Inilah pengakhiran kasihan kita kepada mereka.

Tiada  kerehatan  bagi kita dalam memperkatakan  Islam  ini. Kita  mesti  terus  mengenengahkan  perintah  Allah  S.W.T.   dan meninggalkan laranganNya.

Sekiranya  kita ditentang oleh pendokong  kemungkaran,  kita perlu  menghadapinya  dengan  penuh  persediaan.  Rintangan  yang dicipta oleh mereka perlulah kita pecahkan. Di sinilah perlu kita mamahami mereka dengan sebenar-benarnya. Kita juga perlu  menilai kekuatan yang ada pada kita, iaitu kekuatan Iman.

Iman yang kuat lagi padu ini tidak boleh kita dapati melalui ceramah  yang  bersemangat  semata-mata.  Ini  juga  tidak  lahir melalui  ilmu yang banyak tanpa amal.  Iman yang  berfungsi ini  hanya akan lahir melalui satu program  Tarbiyyah  Islamiyyah yang tulen.

Untuk melalui Tarbiyyah Imaniyyah yang tulen, perlulah  kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah serta sejarah para  sahabat dalam seluruh perkara dan ketika.

Bahan-bahan  rujukan  ini sangat perlu kita  tetapkan.  Jika lari   dari   bahan-bahan  rujukan  ini  ketulinan   tidak   akan deperolehi. Pun begita jika campurkan bahan-bahan Tarbiyyah dalam peringkat pembentukan natijahnya akan kabur.

Setelah kita dapat melatih diri kita dalam program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen ini, dengan bahan-bahan yang jelas  barulah dapat  kita  mengenali yang mana patut dikasihani dan  yang  mana pula  pendokong  kemungkaran.  Ketika  ini  barulah  kita   boleh mengatur langkah penyeruan Islam.

Di  sini jelaslah Tarbiyyah Islamiyyah Sahehah  itulah  yang akan  menentukan  kita dapat atau tidak  kenikamatan  yang  telah Allah S.W.T. sempurnakan untuk kita. Pernyataan ini telah berlalu 14  abad  yang lalu dan akan terus tetap hingga hari  qiamah.  ia tidak akan berubah. Kitalah perlu merubah apa yang ada pada  diri kita untuk memenuhi kehendakNya bagi memperolehi kenikatan  yang hakiki.

Renungilah  Firman-Firman Allah S.W.T. yang berikut  sebagai panduan untuk kita dalam hal ini:

1. Terjemahannya:-

  Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya,  mereka menjaganya atas perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu  sehinggalah  mereka  mengubah keadaan  yang  ada  pada  diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki  keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.  "
(Surah ar-Ra'd: ayat 11.)

2.Terjemahannya:-


  "  Dan kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami.  (Mereka berdo’a) : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan wafatlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu).  "
(Surah al-'Araf: ayat 126.)

3.Terjemahannya:-

 "  Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun berdo’a :  Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.  "
(Surah al-Baqarah: ayat 250.)

4.Terjemahannya:-

  "   Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Bahawa  sesungguhnya  ia tidak berputus  asa  dari  rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir.  "
(Surah Yusuf: ayat 87.) 

5.Terjemahannya:-

"  Ibrahim berkata  :  Tidak  yang  berputus asa dari  rahmat  Tuhannya,  kecuali orang-orang yang sesat."
(Surah al-Hijr: ayat 56.)   `



Wallahu A'alam.

     

0 comments:

Post a Comment

Followers